Posted by nabilamarzuki
-
7 Cara Kempiskan Perut Buncit
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu
akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan
kuantiti air yang keluar dari tubuh
badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan
menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan
air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana
udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang
menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga
kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya
menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium
terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran
air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan
gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan
sayur-sayuran.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga
kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan
menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat
Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit
lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit
berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan
hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari
penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan
merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan
kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar
metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan
lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut
dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan
mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan
berat badan.
Selamat mencuba!
Read More …